Tuesday, May 18, 2010

sEkaDar PenDapAt pEriBadi

bAbbLinG bY nAmeLeSs
post kali ini sangatlah panjang.. =)

baiklah.. bukan saya tak nak menyokong drama atau filem yang dihasilkan oleh karyawan tempatan... kebanyakan drama melayu yang saya pernah tahu adalah klise, menurut pendapat peribadi saya.. apa-apa pun, maafkan saya atas ayat yang mungkin tidak disenangi oleh mana-mana pihak..


idea tipikal drama melayu:

- semua drama nak libatkan cerita bisnes atau pun adegan dalam ofis. dengan pelakon sedang membelek fail, dan konon membaca atau perlu menandatangani apa-apa dokumen. ayah orang korporat.. ibu, mak datin.. ibu-ibu dikampung pula pakai kain batik dan anak tudung..

- gunting dalam lipatan: mesti ada...

- nak tidur pakai mekap.. rambut sangat kemas.

- baru lepas berkejaran dengan penjahat, tapi rambut macam baru lepas disisir rapi.. yang penting, nampak cantik.. adegan apa sekalipun, tak apa.. itulah tujuan lakonan..

- tiada keaslian dalam lakonan... nampak terlalu "berlakon"..

- kisah rebut harta dalam keluarga, kisah anak derhaka atau emak yang jahat akhirnya mendapat balasan terlalu kerap..atau pun kisah lelaki kacak menyukai perempuan kampung atau perempuan yang "kurang moden".. manakala perempuan moden, selalu tikam belakang.. idea tak berkembang..

- watak protagonis terutamanya perempuan TERLALU baik sampai di pijak-pijak kepalanya atau senang kata, dibuli.. watak antagonis pula TERLALU jahat tapi selalu terlepas dari hukuman..

- idea ikut musim.. kalau cerita seram, cerita seram sampai berpuluh-puluh nak keluar..

- baju mesti kena moden dan seksi... perempuan kampung atau watak baik pula mesti berbaju kurung..

saya bukan peminat cerita tempatan.. saya memang jarang tonton drama melayu.. tapi saya bukan pengkritik atau pun berlagak dan berbangga.. cuma minat masih tak datang... saya ingin menyokong industri seni malaysia.. ingin sungguh pergi ke panggung wayang semata-mata kerana ingin menonton filem melayu.. sungguh-sungguh! tapi masih belum ada yang membuatkan saya menonton dengan rela hati...

kononnya nak contohi filem barat.. tapi yang dicontohi cuma "cara pemakaian" dan "adegan kebaratan".. tak salah rasanya kalau kekalkan adat ketimuran dalam jalan cerita.. yang perlu dicontohi bukankah cara lakonan, idea cerita yang kreatif dan pelbagai, aksi dan teknologi yang canggih dan mantap? teringin rasanya nak tengok karya tempatan yang berunsurkan idea cerita seperti Charlie and The Chocolate Factory, Harry Potter, LOTR, iron man? mungkin akan tiba saat itu.. insyaAllah...

saya bukan berlagak pandai, tapi saya penat ditegur "ala, dia mana nak tengok cerita melayu" bila saya pilih cerita barat, cerita taiwan atau hong kong yang lebih dramatik, cerita jepun yang lebih berilmu dan pelbagai, cerita hindustan yang lebih emosi dan menyayat hati?

diingatkan.. ini adalah pandangan peribadi saya.. saya yakin, ramai di luar sana yang menggemari hasil karya tempatan... saya sekadar menyampaikan pendapat.. almaklumlah, duduk di rumah.. TV selalu di buka.. terdetik di hati nak tonton cerita tempatan, sayangnya.... 2 minit sudah cukup untuk menukar siaran..

sekali lagi, maafkan saya atas komen yang mungkin menyentuh mana-mana pihak dan kurang sopan.. maaf...

6 rEveRsE bAbbLinG =) on "sEkaDar PenDapAt pEriBadi"

SKMS said...

LOL.i like.

nAmeLeSs on May 20, 2010 at 1:06 AM said...

i know u..
siti khatijah mohd saffian~
=)

u kept me wondering long enough... :p

SKMS on May 20, 2010 at 9:30 AM said...

oh tidak!!exposed!haha.how come le tkantoi ineh??aiya~

padilchan on May 20, 2010 at 10:04 AM said...

ade yek drama melayu???

nAmeLeSs on May 20, 2010 at 4:34 PM said...

SKMS - semalm it's suddenly pop up.. =)

padil - ai, lupe daratan nmpk? hahahaha... bersepah kot?

SKMS on May 21, 2010 at 9:59 AM said...

terbaekla kmu~ leh plak popup2..bgus2..anda mmg tngkas~ len kali kte cube agy.hehe

 

~nAmeLesS BabBleR~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal