Sunday, April 24, 2011

Red Riding Hood

bAbbLinG bY nAmeLeSs

Baru menonton movie ini tadi, pada pukul 10.20 malam hanya di sebabkan tekanan perasaan sepanjang hari ini.. tahniah kepada cerita ini kerana terpilih~ lalala...

anyway, there's a few aspects that i can comment on this movie.. (bajet macam orang kisah la komen2 I ni.. :P)

1- cerita ni memang set2 cerita mengarut. adik beradik twilight, harry potter dan seangkatan dengannya di mana cerita mengarut dan tak logik inilah yang menjadi kegemaran saya... I love it.. so, expect la segala macam karutan sebab ini cerita pasal werewolf, basically.

2- cerita folk tale "little red riding hood" tu secara amnya memang tak ada kena mengana dengan cerita ini. mungkin ada watak werewolf dan nenek kepada si little tu, tapi adegan werewolf menyamar jadi neneknya dan bla2 tu, sumpah tak ada kena mengena. terasa macam cerita ni mencuri tajuk folk tale tu pun ada juga... (pendapat saya la ok)

3- gimik bersepah2 sampai penonton buat tekaan sendiri. siapa werewolf tu. baguslah jugak tapi terlalu banyak. macam adegan2 yang memang sengaja di buat untuk penonton salah teka pun ada. banyak! dan sahih2, saya cakap macam ni sebab saya salah teka. 3 watak ok. banyak sangat salah tekaan sebab banyak sangat babak yang dijadikan gimik.

kesimpulannya, I like this movie. not because of my stress level or the very handsome Peter and Henry as their heros (I LIKE PETER!!!). but, i just like it. my friends said that this movie is not worth it especially watching this type of movie on weekend. 14 hengget ya, harap maklum. but still, i don't find it wasted. :) saya suka~

oh ya. satu lagi. RED RIDING HOOD sebagai tajuk. tapi HOOD MERAH tu langsung tak berkuasa atau layak diletak sebagai tajuk pon. sebab hood tu........ hanyalah hood. hadiah dari neneknya. banggalah kau hood, kerana mendapat nama sebagai tajuk. tahniah~

0 rEveRsE bAbbLinG =) on "Red Riding Hood"

 

~nAmeLesS BabBleR~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal