kelmarin makan kerang bakar... tapi kerang tu basah gila macam kerang rebus.. oh, sungguh redha dengan hati gembira... sebab dah lama tak makan kerang "bakar + rebus".. siap cicah sambal yang diletakkan bijan~ mari makan dengan yakin...
malam semalam, tahniah... dengan yakinnya perut main kembang kuncup juta2 kali. muntah? cirit birit? bukan nak berlagak la kan... tapi muntah + cirit birit yang dah berapa tahun tak dapat, tiba2 dapat pula malam semalam. penat ok? terpaksa ambil EL hari ni, tak pasal2..
hari ni pula, cuba nak makan. sebab dah tak ada tenaga kot... last meal masa lunch semalam.. i kan budak paling kurus. skip satu dinner pun dah kecoh~ lalala.. nak makan apa? keluar pun tak larat.. ingat nak makan maggi je, opss... no good... alih2, dengan rajinnya pergi masak nasi goreng.. tadi tak larat nak keluar.. masak nasi goreng tiba2 larat sungguh2. kecelaruan identiti kot~
pengembangan dan penguncupan perut yang serius ini kira kali ketiga la dapat dalam sejarah hidup... (tolong tolak kes2 masa budak kecil ya.. pakai pampers, tak pasti dengan masalah kesihatan sendiri) keh3... yang pasti, lepas ini sila jaga pemakanan anda. kalau dah rasa KERANG BAKAR yang sepatutnya kering, tapi basah.. itu maksudnya tak masak. bukan KERANG KENA REBUS~ hish... tak mau kawan abe jual kerang tu lagi~
sekian, wassalam... ;)
Friday, September 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 rEveRsE bAbbLinG =) on "pEruT sAyA!"
Post a Comment