Thursday, February 16, 2012

KisAh kEdAi mAkaN

bAbbLinG bY nAmeLeSs
kisah ni berlaku beberapa minggu yang lepas.
aku baru balik kerja. sampai klang dalam pukul 8 malam dah. nak pergi cari dinner ni, terasa nak makan kuew tiau tomyam kedai kelantan ni. sedap, ala2 thai pun ada.

aku order kuew tiau tomyam dengan air milo ais. bungkus. lepas order, aku bangun kejap pergi kedai sebelah. tak sampai 5 minit pun, aku datang balik, tunggu makanan sampai. sayangnya, tempat duduk aku tadi di ambil orang. aku pun terfikir, nanti order sampai berdasarkan meja ke, tidak ye? boleh ke aku tukar tempat duduk ni? memandangkan abang yang ambil order aku tadi dah nampak aku, aku yakin dia ingat lagi muka aku. dia faham kot. aku duduk meja sebelah. meja yang sebelum ini aku duduk pun tengah order, bungkus juga.

5 minit kemudian, datang satu keluarga ini. sepasang suami isteri mungkin yang agak berusia, dengan seorang perempuan muda belasan tahun mungkin. 3 orang semuanya. order mereka sudah dicatat. mereka dine in.

10 minit seterusnya, datang lagi satu keluarga. suami isteri dengan anak kecil mereka. juga dine in. air milo aku pun siap. ok, aku yakin dia tahu aku tukar meja. =)

15 minit kemudian, datang satu lagi keluarga. suami isteri dengan 4 orang anak kecilnya. yang sibuk berlari2 mengejar seekor kucing.

selepas 20 minit aku duduk, keluarga pertama dapat makanan mereka. lepas 30 minit aku duduk, dapat pula keluarga kedua makanan yang diorder. aku pelik sikit, mana aku punya? sedangkan aku punya satu je. tak apalah. mungkin priority untuk yang dine in agaknya. cuba positif.

selepas 40 minit aku duduk, datang pula sekeluarga cina. aku ingat sebab jarang nampak keluarga berbangsa cina di kedai melayu. kagum rasa hati. sepasang suami isteri dengan dua orang anak mereka. sekolah rendah mungkin. 4 orang satu meja.

45 minit berlalu. datang seorang lelaki, duduk selang dua meja dari aku. bungkus.

50 minit dah aku tunggu. abang sebelah meja yang duduk di meja aku asalnya, dapat makanan. aku mula buat muka. aku datang dulu kot? sabar zira, sabar. adik yang hantar makanan untuk abang sebelah tu, datang tegur.
"akak! akak order apa?" katanya.
"kuew tiau tomyam, bungkus" ringkas jawabku. dia berlalu.

sejam kemudian. keluarga dengan 4 orang anak kecil dapat pesanan masing-masing. di ikuti dengan keluarga bangsa cina tadi. aku makin panas. duduk tak betul dah. ok, positif. mereka semua makan kat sini. ada anak2 kecil. priority mungkin. aku bungkus je. **walaupun satu**.

datang seorang perempuan ke meja aku. membawa plastik merah. aku gembira tapi pelik. kenapa ada bungkusan polisterine?
"siap dah kak. nasi putih dengan ayam goreng kunyit kan?" katanya dengan dialek kelantan yang pekat.
aku mengeluh dan menggeleng kepala. "kuew tiau tomyam dik. satu. bungkus," sengaja aku tekankan perkataan satu itu. dia berlalu. cuba mencari siapa tukang order nasi tadi. aku duduk semula.

tak lama kemudian, lelaki yang datang selepas 45 minit kedatangan aku, dapat makanan yang dibungkusnya. aku terus panas dan hilang sabar. air milo ais dah hampir cair. ini bukan pasal bungkus atau dine in lagi dah. aku tengah hormon tak stabil. memang selamat tinggallah.

aku bangun,. aku keluarkan duit secukupnya untuk air milo ais yang aku order. aku tinggalkan atas meja bersama-sama air milo tadi. memang aku takkan ambil la of course. abang yang tulis order aku tadi datang tiba-tiba.
"tak dapat lagi ke dik?" katanya. aku buat bodoh dan terus berlalu. adik yang bertanya tadi pun terpinga-pinga. aku tak jerit, aku tak buat kes. aku berambus dengan senyap tapi masam sahaja.

tapi dalam hati..........................................................

AGAK2 LA! BERAPA FAMILY YANG DATANG LEPAS AKU?! DENGAN BERAPA BANYAK ORDER, SEMUA DAH DAPAT! AKU YANG SATU MAKANAN NI PUN TAK DAPAT. KALAU DIA PRIORITIZE KAT ORANG DINE IN, MACAM MANA PULAK DENGAN LELAKI YANG BUNGKUS MAKANAN DIA, DATANG 45 MINIT SELEPAS AKU BOLEH DAPAT DULU? KALAULAH KERTAS ORDER AKU TERCICIR, DAH 2 ORANG PEKERJA DIA TANYA AKU ORDER APA. DAH TAHU TERUSLAH BUAT! PANAS!!

itu kejadian beberapa minggu lalu. kebetulan pula, tadi terserempak dengan pekerja kedai tu. budak yang pertama sekali tanya aku. kami terempak dekat kedai makan lain.

dia datang ke arah aku. sumpah tak ingat mula2.
"ini duit akak kan?" katanya. terus aku teringat drama beberapa minggu lepas tu! duit air milo yang aku bayar tapi aku tak ambil pun air tu!
"tak yah la" balasku malas. dia tak hirau dan terus pergi, tinggalkan duit atas meja. kata MAAF pun tidak, sebab kesalahan yang pernah kedai dia buat kat aku. expect aku nak ambil? aku ego la kan! maaf pun tak?!

lepas dapat makanan yang aku order, aku pergi. aku jeling budak tu untuk tunjukkan, AKU TAKKAN AMBIL DUIT KAU LETAK TU. aku tinggalkan duit tu atas meja dengan selamba.. selamat tinggal dik.

aku bukan jenis orang yang suka buat drama macam ni. kalau biasa, aku akan terus angkat tangan dan tanya. mana saya punya? itu je. dan tunggu dengan sabar. tapi tidak hari itu. dan ego aku mengatakan, aku tak salah, dan aku tak fussy. end of story.

2 rEveRsE bAbbLinG =) on "KisAh kEdAi mAkaN"

SHZ on February 16, 2012 at 8:25 PM said...

(aku terpaksa serius untuk bagi komen dalam kes ni)

Itu masalahnya dengan orang yang bekerja dalam bidang "customer service". Tak kiralah restoran mewah ke mahal ke gerai ke warung ke. Yang pasti, kalau melibatkan pelanggan, silalah bertanggungjawab dan beretika.

Sebab perangai endah tak endah dan "bodoh" macam tulah bisnes tak maju.

(tukar mode slumber sikit)
kalau aku jadi ko, aku dah sound baik punya. hahaha...

padilchan on February 16, 2012 at 10:10 PM said...

relax la. dah memang macam tu. haha~

moral of the story: sila masak sendiri.

 

~nAmeLesS BabBleR~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal